SEJARAH

Kualiti kehidupan sesebuah Negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Semua pihak khususnya warga pendidik mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020.

Tahun 1980-an hingga 2002

Pusat sumber SKSD bermula pada sebuah kelas yang telah diubah suai pada Tahun 1980-an sehingga 2002. Pada awalnya Pusat sumber SKSD hanya terdiri daripada sebuah kelas yang dibahagi dua bahagian. Pusat Sumber dan bilik media di tempatkan di blok F secara bersebelahan. Perpustakaan disediakan beberapa meja kecil yang digunakan oleh murid untuk ruang bacaan. Ruang bercerita disediakan pentas untuk aktiviti bercerita. Hanya kemudahan asas seperti kipas dan lampu sahaja yang terdapat di perpustakaan pada waktu berkenaan. Jumlah buku juga adalah terhad dan direkod secara manual ( buku stok besar ). Tiada penggunaan sistem automasi memandangkan tiada komputer yang sesuai. Bilik media pula hanya terdiri papan hitam dan kerusi kuliah untuk kegunaan murid. Tiada penggunaan LCD, skrin, atau penggunaan ICT yang bersesuaian. Penggunaan hanya terhad kepada OHP, penggunaan radio, penggunaan TV dan video sahaja. Pada masa ini hanya melibatkan Bilik SAL, Bilik sains, dan Bilik Kemahiran hidup.

Tahun 2002 hingga 2019

Pusat sumber merangkumi :

# Perpustakaan – bilik khas
# Bilik media – bilik khas
# 2 buah Bilik Sains – bilik khas
#2 buah Bilik Kemahiran Hidup – bilik khas
# 2 buah Bilik Moral – bilik ubah suai
# 1 buah bilik muzik – bilik ubah suai
# 1 buah bilik kaunseling – bilik khas
# 1 buah bilik j-Qaf – bilik ubah suai
# 1 buah makmal komputer – bangunan khas
# 1 buah bilik pemulihan – bilik ubah suai
# 1 buah bilik Pendidikan Seni Visual – bilik ubah suai
# 1 buah bilik kesihatan – bilik khas
# 1 buah bilik sukan – bilik khas
# 1 buah bilik perkhemahan – bilik khas
# 1 buah surau – bangunan khas
# 2 buah Dewan terbuka - Dewan Sri Cempaka dan Sri Kenanga
# 1 buah pondok pengawal keselamatan - terdapat sudut bacaan
# 1 buah kantin

# 1 buah galeri kemerdekaan – bilik khas
# 1 buah galeri kecemerlangan – bilik khas
# 1 buah one stop centre – bilik khas


Bermula Tahun 2002 penggunaan LCD, computer, astro, TV, VCD, radio digunakan secara lebih meluas oleh guru-guru. Mesyuarat Induk PSS dan mesyuarat JKS telah menetapkan semua guru wajib untuk menggunakan ICT sekurang-kurangnya sekali untuk seminggu PdPC.

Penggunaan buku log penggunaan juga telah dimurnikan melalui SPSK yang diselaraskan oleh penyelaras SPSK.

No comments:

Post a Comment